Gunung Kinabalu
Tuesday, June 01, 2010
Saturday, October 14, 2006
Friday, October 13, 2006
Penyakit kesan Perubahan Altitude
PENYAKIT PERUBAHAN ALTITUDE
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat “altitude sickness atau acute mountain sickness” (AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low’s Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..
Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan bagi mencegah AMS: |
|
Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.
Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
KOTAK KECEMASAN PERIBADI |
|
Keperluan Kesihatan
KEPERLUAN KESIHATAN
Untuk mendaki gunung Kinabalu:
-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.
-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.
-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..
-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:
-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan
-Jika anda mengalami masalah kesihatan selain..
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .
NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Pendakian Gunung Kinabalu merupakan “pendakian sekali seumur hidup” bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.
Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung
Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu
Timpohon Gate ke Laban Rata (0800jam) Mendakian Waktu Siang
(Barangan Keperluan semasa mendaki)
- Track bottom pun sesuai juga
- Cap/hat. (jika memerlukan)
- Sun-glasses (jika memerlukan)
- Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
- Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis’high cut’mampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
- Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
- Krim Penahan Cahaya Matahari
- Tuala Muka.
- Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di seiap pondok perhentian
- Kertas tisu
- Makanan bertenaga yang mudah dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
- Disyorkan membawa makanan segera, seperti – maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata.
- Beg plastik
- Ubat penangkis seranggga
- Ubat-Ubatan(Sila rujuk pakar perubatan)
- Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
- Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
- Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
- Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja)
- Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.
